Kelas Mahir Pertanian Pintar Modul 11 - Kenali Serangga Makhluk Perosak

14 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 13 April 2026, telah diadakan Kelas Mahir Pertanian Pintar Modul 11 bertajuk “Kenali Serangga Makhluk Perosak” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas ini berlangsung dari jam 9:30 pagi hingga 11:00 pagi.

Peserta perlu log masuk dalam sistem MTS dan menyertai kelas secara atas talian. Pembelajaran Modul 11 adalah memberi pendedahan secara praktikal kepada peserta mengenai pengurusan serangga di ladang atau kebun. Selain itu, membimbing peserta untuk memahami perbezaan anatomi serangga, membezakan antara serangga perosak dan serangga bermanfaat, serta mempelajari teknik kawalan yang efektif dan mesra alam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali